Gold for dummies – Kedai Emas Perling Skip to main content

Gold for dummies

Jenis Dan Kualiti Emas
====================================

Sedikit Perkongsian Mengenai Emas

🎀Standard Emas Di Malaysia🎀

🔵Mutu 999 – 24Karat
🔵Mutu 950 – 23Karat
🔵Mutu 916 – 22Karat
🔵Mutu 875 – 21Karat
🔵Mutu 835 – 20Karat
🔵Mutu 750 – 18Karat
🔵Mutu 585 – 14Karat
🔵Mutu 375 – 9Karat

🎀Apakah yang dimaksudkan dengan karat?🎀

✅Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas contoh :

➖Emas 23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95,8% iaitu Mutu 958
➖Emas 22K ialah : 22K/24K x 100 = 91,6% iaitu Mutu 916
➖Emas 18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu Mutu 750

🎀Mengapakah emas perlu campuran?🎀

👉Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut [email protected] barang kemas.

🎀Kandungan dan keterangan emas sebagaimana berikut :🎀

1⃣) Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut.
• Emas 999 berwarna kekuning-kuningan

2⃣) Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

3⃣) Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)

4⃣) Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras

5⃣) Emas 375
• Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
• Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga

Related News

let me share you something

Assalamualaikum..Nurul nak cerita sikit... HOBI Nurul adalah snap foto foto yang cantik dan cerita serba...

tell me something i dont know

Orang dulu-dulu rajin simpan emas...sekarang mereka datang kedai dapat cash sekelepukkk boleh buat beli rumah...

JOM JADI BIJAK MACAM AHMAD

😊CERITA AHMAD HANDSOME BIJAK PANDAI KAYA DAN BIJAK BUSINESS ORANGNYA😍 Ahmad seorang guru siswazah di...

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *